unek-unek

Senin, 08 Juni 2009

mendel II

HUKUM MENDEL II
Dalam eksperimen-eksperimen yang lain, Mendel telah mengkaji pewarisan dua trait yang berlainan dalam tumbuhan yang sama, iaitu trait ketinggian dan trait bentuk biji. Kajian ini melibatkan pewarisan dua trait yang berlainan, maka disebut pewarisan dihibrid. Berdasarkan keputusan eksperimen yang melibatkan pewarisan dihibrid, Mendel taleh mengesyorkan Hukum Mendel II yang juga dikenali sebagai Hukum Pengaturan Bebas. Hukum Mendel II menyatakan bahawa setiap ahli dari sepasang alel boleh bergabung secara rawak dengan mana-mana satu alel dari pasangan yang lain Berikut adalah contoh untuk menunjukkan Hukum Mendel II.



Genotype kepada 2 ciri yang tidak bergantung antara satu sama lain menunjukkan purata 9:3:3:1 dalam generasi F2. Dalam gambar ini,warna bulu ditunjukkan oleh huruf B (coklat,dominant) atau b (putih) manakala, panjang ekor ditunjukkan oleh huruf S (pendek,dominant) atau s (panjang).

MENDELIAN TRAIT
Mendelian trait ialah satu ciri yang dikawal oleh satu loci yang menunjukkan pewarisan Mendel yang ringkas. Mutasi yang berlaku pada satu loci akan menyebabkan penyakit yang akan diwarisi mengikut Hukum Mendel. Contohnya ialah anemia sel sabit, penyakit Tay-Sachs, dan xerodema pigmentosa. Penyakit-penyakit yang dikawal oleh satu loci ini berbeza dengan penyakit yang dikawal oleh pelbagai faktor seperti sakit sendi kerana ia disebabkan oleh mutasi di beberapa loci termasuklah faktor persekitaran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

kritiknya yang bersifat positif